Thursday, November 28, 2013

.........KEBENARAN ATAU KEBETULAN........

Nukilan Pertama Ku      


                 Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh........................

Petang tadi lepas kelas pg ke usrah, pertama kali menyertai usrah di dalam UKM nie. Dapat berkongsi ilmu, bertukar-tukar pandangan, dan dengar tazkirah ringkas. Walaupun badan dah penat n letih sebab kelas dari pagi sampai petang. Tapi best dapat kenal dengan orang baru, kenalan baru dari pelbagai latar belakang. Sabah, Terengganu, Kedah, Kelantan, Johor dan Perak...

Dapat tahu sesuatu yang baru, tetapi ini yang menjadi persoalan adakah ianya sesuatu kebenaran atau kebetulan : -


Emmm....... kata sahabat dalam usrah, kalau dalam satu family tue dia hanya mempunyai adik beradik yang satu jantina sahaja, maksud disini adik beradik itu terdiri daripada perempuan semuanya atau lelaki semuanya, kalau 7 orang adik beradik kesemuanya lelaki belaka atau sebaliknya.. Maka akan terjadi pada salah seorang daripada adik beradik itu berpewatakan sebaliknya contohnya :- ada 7 orang adik beradik perempuan salah seorang daripada 7 ini seorang akan berpewatakan seperti lelaki, begitu juga sebaliknya..

Kebenaran atau kebetulan,,,,,,,,,,,,,,,,, pada saya itu hanya kebetulan mungkin...

????????????????????????????????????????????????????????????????????

No comments:

Post a Comment