Sunday, December 8, 2013

(-: LAWATAN MUZEUM PDRM :-)

Assalamualaikum........

Sebagai pengenalannya, Muzium Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjadi lambang pencapaian dan kemegahan PDRM hari ini. Ia mempamerkan koleksi artifak dan maklumat sejarah perkembangan institusi Polis di Malaysia. Koleksi artifak dan maklumat bersejarah ini dipamerkan di dalam dan di persekitaran Muzium PDRM yang baru di Jalan Perdana, Kuala Lumpur dengan menggunakan teknik multimedia terkini.




Perjalanan pertama pelawat ke Muzium ini dimulakan dengan persembahan Audio Visual Sejarah Awal PDRM di Panggung Satu. Tayangan video itu mengimbau kembali fungsi polis British, Jepun, dan Tanah Melayu sebelum Malaysia mencapai kemerdekaan. Perkembangan pakaian seragam polis dan artifak bersejarah turut dipamerkan. Segala keterangan dan maklumat mengenai Muzium PDRM boleh didapati di kaunter informasi.




Selain itu, koleksi senjata yang digunakan oleh PDRM dipamerkan di dalam Sudut Senjata. Senjata-senjata yang dirampas dari pihak komunis, dan pelbagai lagi. Seperti dari anggota kongsi gelap , pendatang tanpa izin, dan senjata berjadual turut dipamerkan. 



Ini antara senjata-senjata seperti pedang,tombak, parang dan pelbagai lagi hasil tinggalan daripada penjajah-penjajah di negara kita ,Malaysia.






Pelbagai lagi pameran yang terdapat di sana, penat jugalah berjalan keseluruhan Muzium itu. Tapi Alhamdulillah dapat pusing habis tengok semua koleksi-koleksi yang ada di sana.



No comments:

Post a Comment