PPPH 1153 : PENGANTAR FALSAFAH
ARISTOTLES
PENGENALAN
Aristotles
membawa maksud tujuan atau niat yang baik. Beliau lahir di Stagira, Chalcidie
Yunani Utara pada tahun 384 s.M, lebih kurang 55 km (34 mi) Timur Thessaloniki,
dan meninggal di Kalkis tahun 322 s.M pada usia 63 tahun. Bapanya Nicomachus
merupakan seorang doctor kepada Raja Amyntas di Macedon.
Aristotles merupakan ahli falsafah Yunani dan seorang yang pakar dalam pelbagai bidang.
Beliau ialah salah seorang daripada tiga ahli falsafah silam yang teragung dan
seorang pemikir yang terbesar di zaman purbakala. Namanya mula menjadi mahsyur
di sekitar Lautan Tengah dalam usia 41 tahun, ia diundang ke Macadonia untuk
mengajar Alexander The Great – Iskandar Agung seorang anak yang berusia 13
tahun. Maka ia tinggal di istana Macadonia selama 8 tahun dan kembali ke Athene
pada tahun 335 s.M.
RIWAYAT HIDUP ARISTOTLES
Semenjak
kecil lagi beliau mendapat asuhan daripada bapanya, iaitu tentang teknik-teknik
membedah . Oleh sebab itu perhatiannya banyak tertumpu kepada ilmu-ilmu alam,
terutamanya ilmu Biologi. Sehingga beliau berumur 18 tahun. Setelah bapanya
meninggal dunia, ia pergi ke Athene dan belajar daripada Plato di Akedemika. Aristotle
merupakan anak murid Plato yang paling pandai di Athene. Mula belajar dari usia
18 tahun sehinggalah berusia 37 atau 38 tahun. Lebih kurang dua puluh tahun
lamanya Aristotles menjadi anak murid Plato, ia seorang yang rajin membaca dan
banyak mengumpul buku-buku. Sehingga beliau mampu menyusun suatu Bibliotik di
rumahnya, itulah Bibliotik pertama yang berada di Athene. Plato memberi
penghargaan yang besar terhadap Aristotle muridnya itu dan rumahnya diberi nama “ rumah pembaca ”.
Selain belajar filosofi daripada Plato,
Aristotles memperluaskan pengetahuannya dalam pelbagai bidang di luar
Akedemika. Contohnya pelajaran matematik yang diperolehi daripada Akedemika diperdalamkan
lagi pengetahuannya pada guru-guru astronomi yang terkenal seperti Eudoxos dan
Kalippos. Selain daripada itu, ada cerita yang mengatakan, bahawa ahli-ahli
pidato yang tersohor pada waktu itu seperti Isokrates dan Demosthenes besar
pengaruhnya terhadap Aristotles. Demosthenes sama umur dengan Aristotles, lahir
dan meninggal pada tahun yang sama. Setelah menuntut ilmu secara mendalam selama
ini Aristotles mempunyai pengetahuan yang menyeluruh. Kecerdasannya yang luar
biasa itu memudahkan ia menguasai segala bentuk ilmu yang terdapat pada
zamannya.
Seperti
mana yang di ketahui setelah kematian Plato, Aristotles meninggalkan Athene
bersama kawannya yang belajar di Akedemika itu juga, iaitu Xenokrates. Pada
ketika itu usianya sudah menjangkau 38 tahun, hampir 20 tahun lamanya ia
belajar di Athene, akhirnya beliau ingin mengelilingi dunia untuk meluaskan
pandangannya. Kawannya Xenokrates ikut bersama, kerana Aristotles merupakan
seorang murid Plato yang paling setia, jadi ia mengira bahawa Aristotleslah
yang akan menggantikan gurunya sebagai pemimpin Akedemika. Tetapi pimpinan itu
jatuh ke tangan Speusippos, iaitu kemenakan atau saudara Plato sendiri, yang
mana pengetahuan dan kecerdasannya amat kurang daripada Aristotles.
Aristotles
dan Xenokrates telah merantau ke sebuah kota kecil di Pantai Asia Minor, iaitu
Kota Atarneus yang diperintah oleh Hermeias bekas murid Plato di Akedemika.
Hermeias mengundang mereka ke sana dan di sambut dengan gembira. Sebagai
penghargaan kepada Aristotles, Hermeias telah menikahkan dia dengan anak
saudara perempuannya yang bernama Pythias. Tetapi kedua-dua ahli filosofi itu
tidak lama tinggal di Atarneus, hanya 3 tahun sahaja. Kota itu di rebut oleh
tentera kerajaan Persia, Hermeias ditangkap dan dibawa ke ibu Kota Persia , di
sana beliau telah dibunuh. Aristotles dan isterinya berjaya melarikan diri ke
Daerah sekitarnya. Semasa beliau berada di daerah itu, beliau telah mendapat
undangan dari Raja Mecadonia Philippos supaya datang ke ibu kotanya untuk
mendidik anaknya Alexander yang berusia 13 tahun pada ketika itu.
Beliau menerima undangan itu, kira-kira 7
tahun ia menjadi guru kepada Alexander. Setelah itu, ia kembali ke tempat asal
di Stagiera. Beliau menetap ditempat kelahirannya itu buat sementara waktu,
sambil menyiapkan buku-bukunya yang ditulis semasa di Akedemika lagi. Segala
pengalaman dan pandangan daripada pengembaraannya sebelum ini digunakan untuk
mengarang buku-bukunya itu. Tidak lama selepas Alexander dilantik menjadi raja
Macedon, Aristotles kembali ke Athene, waktu itu usianya sudah melewati 50
tahun. Pemerintahan di sana sudah berubah, di mana Xenokrates sudah menggantikan
Speusippos sebagai ketua pemerintah di Akedemika. Tetapi Aristotles tidak
kembali ke Akedemika, berdasarkan pengalaman dan pengetahuan yang di
pelajarinya selama ini, beliau telah mendirikan sebuah sekolah, iaitu sekolah
yang bernama Lykeion bertempat di pinggir kota tidak jauh dari Candi Lykeios.
Aristotles
mengajar di sekolah itu, cara ia mengajar murid-muridnya amat berbeza dan berlainan
daripada Sockrates dan Plato. Beliau menggunakan kaedah memberi kuliah, yang
mana Sockrates dan Plato menggunakan sistem dialog. Kaedah memberi kuliah ini
diwarisi daripada gurunya, iaitu mengajar sambil berjalan-jalan. Lykeion telah
menjadi pusat pembelajaran, pengajaran dan penyiasatan. Setiap pagi Aristotle
dan murid-muridnya akan bangun awal pagi dan mereka berjalan di taman sambil
membincangkan tentang pelajaran, terutamanya tentang kelebihan-kelebihan
filosofi. Maka dengan itu kaedah berjalan-jalan ini digelar sebagai
Peripatetics oleh falsafah Aristotles.
Terdapat
dua bahagian pelajaran yang diberikan oleh Aristotles. Pertamanya, pelajaran
yang diajar pada pagi hari lebih bersifat ilmiah dan dikhaskan kepada satu
golongan kecil yang tujuannya benar-benar mahu menuntut ilmu. Manakala yang
kedua pula, diajarnya pada waktu malam dan dikhususkan kepada umum. Selain
daripada itu, beliau juga mengajar tentang cara berkomunikasi. Sesudah 12 tahun
beliau mengajar di Athene, maka lagi bertambahlah pengalamannya. Selain
mengajar beliau juga banyak menulis. Sehingga terbentuknya sebuah perpustakaan
yang mengumpulkan berbagai-bagai manuskrip dan peta bumi. Menurut seorang saksi
Strabo iaitu seorang usahawan Yunani-Romawi, katanya itulah perpustakaan
pertama dalam sejarah manusia.
Isterinya,
Pythias telah meninggal di Athene pada tahun yang tidak diketahui.
Perkahwinannya yang pertama itu di kurniakan seorang anak perempuan. Maka
Aristotles menikah lagi dengan Herpyllis yang melahirkan seorang anak lelaki
yang bernama Nikomakhos. Selama 12 tahun itu, beliau mendapat bantuan dan
perlindungan daripada Alexander Agung. Beliau juga bersahabat baik dengan wakil
pemerintah Macedonia di Athene yang bernama Antipatros. Tetapi setelah
Alexander tewas dalam peperangan, maka timbullah gerakan anti-Macedon di Athene
dengan maksud melepaskan Athene dari kerajaan Macedonia. Permusuhan orang-orang
Macedonia tertuju juga kepada Aristotles, kerana dituduh durhaka. Oleh itu, ia
meletakkan pimpinan Lykeion kepada tangan anak muridnya, Theophrastos. Beliau
teringatkan kepada nasib Sockrates, jadi untuk menghindari dari nasib yang sama
maka diambil keputusan untuk meninggalkan Athene.
Sebelum
berangkat, ditulisnya surat kepada Antipatros bahawa dia akan pergi. Aristotles
pergi ke Kalkis, iaitu suatu tempat yang terletak di Pulau Eubua. Di sana ia
memiliki sebuah rumah yang di jaga baik oleh pekerja-pekerjanya. Setelah beliau
berada di situ, ia hanya ingin beristirehat dengan tenang. Walaupun begitu,
beliau tetap menulis buah-buah fikirannya. Tetapi malangnya belum sampai
setahun beliau berada di situ, ia sudah jatuh sakit. Beliau menghidap penyakit
perut yang menyebabkan ia maut pada tahun 322 s.M. Aristotles menghembuskan
nafasnya yang terakhir pada usia 63 tahun.
Picture 1: Plato dan Aristotles.
KARYA-KARYA ARISTOTLES
Aristotles
dikenali sebagai beberapa tokoh yang telah mempelajari hampir kesemua bidang.
Berkaitan bidang ilmu sains, beliau belajar pelbagai ilmu, antaranya
termasuklah ilmu anatomi, astronomi, embriologi, geografi, geologi,
meteorologi, fizik, dan zoologi. Manakala dalam bidang falsafah pula,
Aristotles mempelajari dan menulis mengenai estetik, ekonomi, moral (ethics),
kerajaan, metafizik, politik, psikologi, retorik, teologi, pendidikan, adat asing,
penulisan dan sastera.
Pembahagian karya-karya Aristotles.
W.D.
Ross, adalah seorang ahli filsafat Yunani berkebangsaan Inggris membahagikan karya-karya Aristotles itu telah
berkembang dalam tiga tahap, iaitu tahap yang pertama ketika dia masih belajar
di Akedemika Plato, karya-karyanya itu boleh dikatakan terkenal juga dan diterbitkan
oleh Aristotles sendiri. Manakala tahap yang kedua pula, dalam karya-karyanya,
beliau mengumpulkan bahan-bahan yang dapat di gunakan dalam risalah-risalah
ilmiah. Tahap terakhir iaitu tahap ketiga, mengenai risalah-risalah yang di
karang Aristotles berkenaan dengan pengajarannya.
Tahap
pertama: Diogenes Laertius menyebut bahawa terdapat 19 karya yang termasuk
dalam tahap ini. Karya-karya ini sebahagian besar telah di tulis ketika
Aristotles berada di Akedemika dan kebanyakannya berbentuk dialog. Hasil karya
beliau itu telah di baca oleh ramai masyarakat di zaman purba, tetapi sekarang
semuanya sudah hilang.
Walau bagaimanapun, dari beberapa karya itu
kita masih mempunyai serpihan-serpihannya (fragmen-fragmen), dan menurut saksi
di zaman purba yang dibenarkan mengatakan bahawasanya semua karya ini dikarang
dengan gaya bahasa yang menarik dan memikat hati. Contoh ini adalah salah satu
dialog yang isinya cukup diketahui kerana fragmen-fragmen yang masih ada atau
kesaksian pada pengarang-pengarang lain.
Tahap
kedua: Menurut kesaksian di zaman purba, Aristotles mengarang banyak karya yang
memuatkan dokumentasi ilmiah. Maka dapat diandaikan, bahawa karya-karya itu disusun
oleh Aristotles sendiri dan sebahagian daripadanya telah disusun oleh
murid-muridnya dibawah pimpinan Aristotles sendiri. Kebanyakan karya itu datang
dari Aristotles semasa beliau mengajar di Lykeion, tetapi semua karya-karya itu
sudah tidak ada lagi.
Hanya
yang masih disimpan adalah karya yang biasanya ditunjukkan dengan nama Latin Historia
animalium ( penyelidikan mengenai bintang-bintang ), karya ini disisipkan oleh
Andronikos dari Rhados dalam edisi risalah-risalah Aristotles. Terdapat satu
lagi karya lain yang bernama Athenaion politeia ( Tatanegara Athene ) yang dijumpai
pada tahun 1890 dalam padang pasir di Mesir. Karya tersebut merupakan satu
bahagian sahaja daripada karya-karya terbesarnya yang mengumpulkan
undang-undang dasar dari 158 negara Yunani.
Tahap
ketiga: Karya-karya ini dikarang bukan untuk diterbitkan. Mungkin risalah-risalah
ini mengandungi catatan-cacatan yang dibuat oleh Aristotles untuk
kuliah-kuliahnya. Sebahagian kecil risalah-risalah ini berasal dari cacatan
murid-muridnya yang dibuat semasa waktu kuliah Aristotles. Mungkin juga risalah
ini memuatkan ringkasan-ringkasan yang disusun Aristotles nenggunakan muridnya
yang tidak sempat menghadiri kuliah beliau.
Berdasarkan
kepada asal usul ini, dapat kita fahami sifat karya-karya itu. Bahasa yang
digunakan bersifat padat, lugas dan sarat dengan pengistilahan sinis.
Aristotles sering kali mengulangi apa yang sudah dikatakan dahulunya dan terjadi
juga bahawa ucapannya tertentu bertentangan dengan ucapan di tempat lain. Semua teks
karangan Aristotles yang masih disimpan sampai hari ini, termasuk golongan
ketiga ini.
Metafizik Aristotles.
Karya
penulisan Aristotles terlalu banyak jika hendak dihuraikan kesemuanya, seperti
mana yang telah di senaraikan sebelum ini. Maka dalam penulisan ini, hanya diambil
beberapa contoh daripada karya-karya Aristotles itu. Metafizika merupakan karya
beliau dalam bidang Falsafah, dan ianya membawa maksud hakikat, realiti,
kewujudan dan dunia yang sebenarnya. Metafizika Aristotles berpusat pada
persoalan “Barang” dan “Bentuk”.
Bentuk ditafsirkan sebagai pengganti
pengertian Idea Plato yang ditolaknya, oleh itu bentuk boleh memberikan
kenyataan kepada benda. Maka dengan itu, tiap-tiap benda yang ada didunia lahir
ini adalah barang yang berbentuk. Barang atau materi dalam pengertian
Aristotles berlainan dari pendapat biasa, ia bermaksud materi yang tidak
mempunyai bangun, substansi sahaja yang menjadi pokok kepada segalanya.
Manakala, bentuk ialah bangunnya. Contohnya, Marmar bukanlah benda hanya barang
sahaja, tetapi setelah mendapat bentuk, barang itu (marmar) boleh menjadi patung
marmar dan meja marmar. Selain itu, manusia juga boleh dijadikan contoh, maka
badan manusia adalah barang, hidup dan jiwanya merupakan bentuk.
Barang adalah suatu yang mempunyai
bentuk ini dan itu. Barang juga merupakan kemungkinan (potensia). Bentuk pula
merupakan pelaksanaan dari kemungkinan itu, aktualita. Kesimpulannya, yang umum
terlaksana dalam yang khusus, jadi adanya cuma terdapat di dalam benda-benda
yang ada itu, dan yang khusus hanya ada, kerana yang umum terlaksana di
dalamnya.
Falsafah Alam Aristotles.
Penulisan Aristotle banyak mengenai masalah alam. Beliau menulis
tentang langit, bintang, tentang pergerakan, haiwan dan sejarahnya, tentang
tumbuh-tumbuhan dan jiwa. Pengetahuan beliau yang luas berdasarkan pengamatan
dan pengalaman bukan sahaja mengagumkan orang pada zaman beliau bahkan
mempengaruhi fikiran ilmu alam kira-kira 18 abad lamanya.
Menurut Aristotle, alam meliputi kesemuanya berhubung dengan
kebendaan dan badan-badan yang bergerak dan diam. Perubahan atau gerakan dalam
erti yang luas dapat dibahagikan dalam timmbul dan tenggelam. Manakala gerakan
dalam erti terbatas pula adalah merupakan perubahan identity, perubahan kualiti
dan perubahan tempat. Perubahan bergantung kepada tempat dan waktu.
Menurut beliau lagi, alam itu ada untuk selama-lamanya kerana bagi
beliau masa itu tidak terhad. Bahagian alam paling sempurna yang dijadikan
tuhan penggerak pertama ialah langit, berbentuk bulat, peredaran bintang, matahari
dan planet dimana menurut beliau setiap kejadian di alam ini, ada jiwa yang
mengemudikannya.
Seluruh alam adalah satu organisasi yang besar, disusun oleh tuhan
penggerak pertama menjadi penyatuan menurut tujuan tertentu. Dari sini dapat
dilihat bahawa pengaruh didikan Aristotles ketika di peringkat kanak-kanak dan
zaman muda beliau. Dunia kita tersusun mengikut lapisan, dimana yang paling
rendah hidup mereka mengabdi dan memberikan jasa kepada yang paling atas. Tanaman memberikan jasa
kepada binatang, binatang kepada manusia, kaum perempuan kepada kaum lelaki dan
anggota badan kepada jiwa.
Dalam sistem yang diperkenalkan oleh Aristotles, ilmu jiwa dan
psikilogi adalah sebahagian daripada biologi. Ia mengemukakan tiga jenis jiwa
yang sifat kesempurnaanya sangat teratur. Pertama, adalah jiwa tanaman dimana
tujuannya adalah menghasilkan makanan dan menjalankan proses fotosintesis. Yang keduanya adalah
jiwa haiwan dimana haiwan mempunyai perasaan dan keinginan untuk bergerak dari
satu tempat ke tempat yang lain. Ketiga, jiwa manusia yang selain mempunyai
keiginan dan perasaan, manusia juga mempunyai akal untuk berfikir.
Namun begitu, suatu kemunduran dalam pengetahuan Aristotle terhadap
Democritus dan Plato ialah pusat kemahuan manusia itu terletak pada hati bukan
pada otak. Menutut pendapatnya yang berpengaruh dalam ilmu psikologi ialah
bentuk jiwa yang sesuai baginya ialah roh dan fikiran. Roh tersebut terbahagi kepada dua iaitu roh
yang bekerja dan roh yang menerima. Roh yang bekerja memperoleh bentuknya yang
sempurna. Selain daripada itu, beliau turut memperkenalkan roh praktis dimana
roh tersebut mengawal kemahuan dan perbuatan manusia.
FALSAFAH ARISTOTLES
Keseronokan
Konsep
tersebut adalah sangat penting kepada
manusia kerana ia melibatkan persoalan motivasi dan nilai. Pada zaman beliau, muncul
beberapa pendapat yang mengatakan bahawa keseronokan itu sebagai sensasi, proses
ataupun perasaan.
Keseronokan
bukan sensasi: Aristotle menolak pandangan yang mengatakan keseronokan itu
sensasi dengan mengatakan bahawa pertama, adalah mustahil bagi mana-mana
individu yang mencari keseronokan di badan. Kedua, perasaan pancaindera adalah
bersifat relatif.
Keseronokan
bukan sesuatu proses: Keseronokan adalah bukan sesuatu proses kerana jika ia
dianggap proses, ia mesti mempunyai tahap permulaan dan pengakhiran. Proses
adalah sesuatu yang berada kearah kesempuranaan manakala keseronokan pula
sesuatu yang sudah cukup sempurna.
Keseronakan
bukan perasaan: Keseronakan tidak dapat dikawal manakala perasaan boleh
dikawal. Menurut Aristotles, pada mulanya keseronokan adalah baik. Namun
begitu, jika seseorang menggunakan keseronokan tersebut secara melampau, maka
individu tersebut akan menjadi rosak.
Picture 2: Aristotles.
Aristotles
mengenalpasti dua faktor manusia lebih menikmati keseronokan badani berbanding
roh. Pertama kerana ia boleh menghilangkan kesakitan, yang kedua kerana manusia
tersebut boleh menikmati bentuk keseronokan lain disebabkan usia muda. Menurut
beliau lagi, keseronokan adalah aktiviti yang sempurna kerana ia menemani
ataupun menyempurnakan sesuatu aktiviti yang dijalankan. Keseronokan akan
diperolehi pada penghujung aktiviti yang dilakukan.
Picture 3: Aristotles.
Akrasia
Akrasia
merujuk kepada seseorang yang melakukan perbuatan yang salah dari segi
undang-undang atau perbuatan moral sedangkan mengetahui perbuatan yang
dilakukan itu adalah salah. Socrates menyatakan bahawa manusia tidak akan
melakukan kesalahan jika mempunyai ilmu.
Pendapat
tersebut sukar diterima Aristotles berdasarkan sebab-sebabnya, pertama secara
jelas teori tersebut menunjukkan bahawa “kepercayaan” terletak dalam minda
seseorang itu. Kepercayaan yang dianggap sebagai bertaraf ilmu oleh Socrates. Kedua,
Aristotles menyatakan pada umumnya menyalahkan perbuatan yang dilakukan oleh
mereka yang melakukan akrasia.Sekiranya kesalahan yang bersifat akrasia semata-mata
disebabkan oleh kepercayaan seperti yang didakwa Socrates, maka mereka
sewajarnya tidak dipersalahkan.
Aristotles menyatakan bahawa secara umumnya, tindakan
akrasia adalah berhubung dengan perkara yang menyentuh keseronokan dan
kesakitan seperti makan, minum dan seks. Sebahagian manusia bertindak menentang
prinsip luhur dan berlawanan dengan keputusan yang baik kerana tidak mampu
menolong dirinya setelah dikawal oleh nafsu.
Jasad dan roh
Roh
lebih dikenali sebagai psuche oleh Aristotles. Pada peringkat awal perkembangan
zaman pra-Socrates, hakikat psuche telah ditafsirkan secara materialistic oleh
ahli falsafah dengan menganggap ia sebahagian daripada material seperti unsur
api, udara atau atom.
Pendapat
ini kemudiannya ditentang oleh Plato kerana yang mempercayai wujudnya alam idea
dengan menyatakan bahawa alam roh terpisah dengan alam jirim. Dalam konteks
falsafah moden, pendapat Plato diterima oleh Descrates yang menyatakan bahawa
roh adalah sesuatu benda bersifat spiritual yang wujud secara terpisah iaitu
tidak wujud sebarang roh dan jasad.
Walaupun
pendapat tersebut diterima oleh Plato, namun ia dikritik oleh Aristotles
melalui pengenalan teori hylomorphism, iaitu teori yang melihat setiap objek
dibina oleh jirim dan bentuk. Roh dan jasad bersatu dalam satu objek
sebagaimana bersatunya bentuk dan jirim dalam sesuatu objek.
Aristotles
menegaskan bahawa setiap benda hidup termasuk tumbuhan, binatang dan manusia
mempunyai roh. Ia memberi keupayaan pemakanan (termasuk membesar dan membiak), persepsi,
pemikiran dan pergerakan bebas.
Menurut
aristotles, manusia dan haiwan banyak berkongsi kesanggupan, tetapi ia berada
pada hierarki berlainan yang mana roh manusia mempunyai kesanggupan yang tinggi
kerana berada pada hierarki paling tinggi.
Hasil Rujukan.
Ahmad
Sunawari Bin Long. 2006. Sejarah Falsafah. Penerbit UKM.
Bertrand
Russell. 1961. A History Of Western Philosophy. London George Allen & Unwin Ltd. Ruskin House Museum
Street.
Dr.
K. Bertens. 1981. Sejarah Filsafat Yunani Dari Thales Ke Aristotle. Yayasan Kanisius Yogyakarta. Jl. P.
Senopati 24.
Dr.
Oemar Amin Hoesin. 1959. Filsafat Islam. Bulan Bintang Jakarta. Kramat Kwitang.
Garrett
Thomson. Marshall Missner. On Aristotles. Wodsworth Thomson Learning.
Mohammad
Hatta. 1980. Alam Pemikir Yunani. Tintamas Jakarta Indonesia. Jalan Kramat Jaya 60 Jakarta Pusat.
Ustaz
Abdul Latif Muda. 2009. Pengantar Ilmu Mantik. Pustaka Alam Sdn. Bhd.
Website :-
http://en.wikipedia.org/wiki/aristotles. Aristotles, wikipedia, the free encyclopedia.
http://id.wikipedia.
org/wiki/aristotles. Aristotles ,wikipedia,the free encyclopedia.